INGIN IKLAN ANDA DISINI ?
Dapatkan Tawaran Menarik
Silahkan Kontak Admin
Terima Kasih


HADIST SAHIH - Dari sudut bahasa sahih adalah lawan kepada saqim (sakit) yaitu penggunaan sebenarnya pada perkara konkrit dan penggunaan secara majaz (pinjaman) kepada hadis dan perkara abstrak.
Adapun secara istilah hadis yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi yang adil, dhabit dari perawi pertama hingga ke ujung sanad tanpa ada syaz dan`llah.


Definisi di atas mempunyai beberapa perkara yang wajib ada untuk menjadikan hadis itu sebagai sahih yaitu:
  1. Bersambung sanad. Setiap perawi mengambil riwayat secara langsung dari orang sebelumnya dari awal sanad sehingga ke penghujungnya.
  2. Keadilan para perawi. Setiap perawi mestilah mempunyai sifat muslim, baligh, tidak fasiq dan tidak cacat maruah.
  3. Ketepatan para perawi. Setiap perawi mestilah sempurna ketepatan, sama ada dari segi ingatan atau catatan.
  4. Tidak syaz. Hadis tersebut tidak bersifat syaz. Maksud syaz ialah percanggahan perawi thiqah terhadap perawi yang lebih thiqah daripadanya.
  5. Tidak mempunyai `llah.Hadis itu mestilah tidak terdapat `llah. `llah adalah satu sebab yang rumit dan tersembunyi yang mencacatkan kesahihan hadis walaupun pada zahirnya tidak kelihatan.
Apabila tidak cukup salah satu syarat ini, maka hadis itu tidak dinamakan sahih.


Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:

قال حدثنا عبد الله بن يوسف قال أخبرنا مالك عن ابن شهاب عن محمد بن جبير بن مطعم عن أبيه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ في المغرب بالطور

Artinya : “Imam Al-Bukhari berkata: “Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami bahwa Malik telah mengkhabarkan kepada kami daripada Ibn Shihab daripada Muhammad Bin Jubir daripada Mu’tim daripada ayahnya katanya: saya telah mendengar Rasulullah SAW telah membaca Surah Al-Tur di dalam solat Maghrib.”( Sahih al-Bukhari: Kitab al-Azan )

Hadis ini sahih kerana :

a. Sanadnya bersambung (Muttasil) kerana setiap perawi mendengar daripada gurunya, tentang periwayatan secara ‘an’anah oleh Malik, Ibn Shihab dan Ibn Jubair ditafsirkan sebagai bersambung-sambung kerana mereka bukanlah perawi-perawi yang melakukan tadlis.

b. Perawi-perawinya adil dan dhabit, berikut ini sifat-sifat mereka di sisi ulama al-Jarh Wal Ta’dil:
  1. Abdullah bin Yusuf: thiqah, mutqin.
  2. Malik bin Anas: imam, hafiz bn Syihab al-Zuhri: faqih, hafiz kehebatan dan keteguhannya disepakati semua.
  3. Muhammad bin Jubair: thiqah.
  4. Jubair bin Mut`im: seorang sahabat.
c. Hadis ini tidak syaz kerana tidak bercanggah dengan yang lebih kuat daripadanya.

d. Kerana ia tidak mempunyai sebarang `llah.



Hadits yang Shahihnya itu karena memenuhi syarat-syarat hadits shahih, baik dari segi sanad maupun matannya, merupakan peringkat teratas untuk diterima sebagai hujjah


Yaitu hadis hasan lizatih apabila diriwayatkan melalui jalan yang lain sepertinya atau lebih kuat darinya. Dinamakan sahih lighairih kerana kesahihan tidak datang dari sanad itu sendiri, tetapi hanya sahih apabila digabungkan dengan sanad lain.


Lebih tinggi martabatnya dari hasan lizatih dan lebih rendah daripada sahih lizatih.

Contohnya

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيبٍ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بنُ سُلَيمانَ، عن مُحَمَّدِ بنِ عَمْروٍ، عن أَبي سَلَمَةَ، عن أَبي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ".

Artinya : Hadis Muhammad bin `Amr daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalaulah tidak kerana menyusahkan ummatku pasti aku akan menyuruh mereka menggosok gigi setiap kali sembahyang

Ibn al-Salah berkata: “Muhammad bin `Amr bin `Alqamah adalah dari kalangan yang masyhur dengan benar dan menjaga diri cumanya beliau bukan dari ahli itqan sehingga sebahagian mereka mendhaifkannya kerana ingatannya buruk dan sebahagain mereka pula menthiqahkannya kerana benarnya dan kedudukannya. Dengan itu, dari sudut ini, hadith ini hasan. Apabila digabungkan dengan keadaannya diriwayatkan melalui tariq yang lain, kebimbangan kita tentang buruk hafalannya tidak ada lagi dan kekurangan yang sedikit itu tertampung dengan sebab tariq tersebut. Dengan sebab itu, sanad ini menjadi sahih dan tergolong di dalam martabat sahih.”


Wajib beramal dengan hadis sahih berdasarkan kepada ijma ahli hadis ulama yang diakui pendapat mereka dari kalangan usuliyyin dan fuqaha. Ia merupakan salah satu hujah syara` yang tidak ada ruang bagi seorang muslim untuk tidak beramal dengannya.

Posting Komentar Blogger